Saturday, August 8, 2009

Kismis, Kurma dan Madu

ssalamualaikum.


Kurma, Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!

Sabda Rasulullah s..a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri
kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,
nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika
puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan
nabi Isa a.s.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan
makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang
kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan
jauhkanlah. Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya
mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan
menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil
sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya
menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang
berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah as. bersabda: "Orang yang memakan 7 biji kurma yang baik
sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir
dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 biji kurma
yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21
biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa
penyakit kecuali mati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis
dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan
lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan
menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka
dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan
niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari
77 penyakit" .
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat
hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia
dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam
dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakkan barakah di dalam
madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah
didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala
penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan
membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat
menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu
memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

************ ********* ********* ********* ********* *********

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita
dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
************ ********* ********* ********* ********* *********




1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya
didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang
yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu,
dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan
diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan
tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke
neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... tidak lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari
menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi
penemannya.. )
............ ......... ......... ......... ........
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah SW.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana
bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

Thursday, July 2, 2009

Bersama Mertua Di Sabah....

Kenangan indah bersama mertua di Sabah sebelum pulang ke Semenanjung

Tuesday, June 23, 2009

Kenangan Manis Bersama Umi Tersayang Di Kelantan

Menangissssss

MENANGIS ....PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKANMENANGIS.... ...ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.""Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.""Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datangmencabut nyawanya.
3) Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Sunday, June 21, 2009

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan 'Murid
3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '

Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang 'Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '